Home / Aktiviti / Pembentangan Kajian Terhadap Tahap Patriotisme Dalam Kalangan Belia Perak

Pembentangan Kajian Terhadap Tahap Patriotisme Dalam Kalangan Belia Perak

 

Belia merupakan tunjang kekuatan kepada pembangunan sesebuah negara. Golongan belia yang mempunyai daya saing yang tinggi serta semangat cintakan negara amatlah perlu supaya generasi akan datang negara bakal menjadi generasi yang berwawasan. Akan tetapi kini dapat kita lihat, ramai generasi muda kurang mempunyai semangat patriotisme dalam diri mereka. Perkara ini merupakan lumrah bagi generasi muda yang lahir selepas kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya semangat patriotisme di kalangan remaja dewasa ini, perlunya ada satu mekanisme yang perlu dibuat agar mengembalikan semangat patriotisme dalam diri belia.

Satu Pembentangan berkenaan Kajian Terhadap Tahap Patriotisme Dalam Kalangan Belia Perak telah diadakan di Hotel Riverfront pagi tadi. Pembentangan dibuat oleh satu pasukan penyelidik yang terdiri daripada Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri, Prof. Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz, Shahidan Shafie, Muhamad Nor Azman Nordin dan Prof. Dato’ Dr. Zainal Keling.

Turut hadir semasa pembentangan tersebut ialah YB Datuk Shahrul Zaman Yahaya pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Komunikasi Dan Multimedia Negeri Perak, En Azhari Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak, En Mazalan Kamis Ketua Pegawai Eksekutif IDR, En Mohd Nazaruddin Bin Mohd Yusoff,  Ketua Pegawai Eksekutif KPerak dan En Hasnul Fairuz Bin Hushin Amri, Presiden Majlis Belia Negeri Perak.

 

IMG-20140303-WA0032 IMG-20140303-WA0033 IMG-20140303-WA0028 IMG-20140303-WA0029 IMG-20140303-WA0030

About MBNP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*